KYRA POV
Kyra Lee
Dawson. Aku dilahirkan di Amerika Syarikat. Tetapi aku telah dihantar ke Seoul,
Korea semasa aku berumur 16 tahun. Mama dan papa aku bertindak begitu kerana
nenek aku rindukan aku (memang pelik). Aku tak beberapa suka tinggal di Korea kerana
ada sebab-sebab yang tertentu. Pengalaman aku hidup di Korea amatlah
menyakitkan hati. Semua ini bermula pada 3 Januari 2011 iaitu hari permulaan
aku menjejak kaki ke Sekolah Tinggi Kairan. Rasa sakit hati pula aku dibuatnya
apabila mengenang kisah hari permulaan aku bersekolah di Korea. Kenapa la papa
aku tu hantar aku ke sekolah teruk tu.
FLASHBACK
“pakaian
seragam sekolah?” Aku mengeluh sambil mengosok-gosok rambut aku yang tak
beberapa kemas.
“Tak silap
aku, di Amerika dulu taka da pun seragam sekolah macam ni. Pakaian dia pun
casual saja. Tak ada seragam-seragam macam ni” aku merugut seperti budak tadika
yang baru nak pergi sekolah. Mana taknye habis kusut kepala otak aku dibuatnya.
Kusut-kusut pun, aku ada rasa berdebar hendak menjejak kaki ke sekolah baru.
Agaknya macam mana la suasana di sana. Harap-harap bagus macam sekolah lama
aku.
Tiba-tiba
lamunan aku terhenti dengan ketukan pintu dari maid nenek aku. Aku hanya
mendegus hidung aku yang tak beberapa gatal samba memulas bebola pintu bilik aku.
“Cik Kyra,
Puan Lee minta saya jemput Cik sarapan pagi. Puan sudah tunggu di bawah”
“OK, saya
akan turun nanti. cakap kat nenek makan supaya makan dulu”
Pagi-pagi
dah ada maid mengacau aku. Aduh, sugguh tak menenangkan jiwa.
DI SEKOLAH
TINGGI KAIRAN.
Aku turun dari badan kereta dan melangkah
masuk ke pintu pagar sekolah. Buat pertama kalinya mulut aku ternganga apabila
melihat banggunan-bangunan unik sekolah tinggi ini. Tak seperti apa yang aku
jangakan, sekolah ini sememangnya mempunyai citarasa yang unik dan bertaraf
tinggi. Sekolah lama aku pun tak macam ni. Aku harap pelajar-pelajar yang
belajar di sekolah ini baik budi perkerti. Sekolah cantik, pelajarnya harus
mempunyai budi yang cantik juga. Semakin tak sabar pula aku hendak menjejak kaki
ke sekolah ini.
Semasa aku
hendak berjalan masuk ke pintu utama sekolah, tiba-tiba saja tiga orang
perempuan muncul di depan pintu masuh utama dan menyekat aku. Haisyh, boleh
luruh jantung aku dibuatnya. Agaknya aku tersalah masuk pintu ka? Ataupun
diorang yang tersalah cari tempat untuk melepak. Aku dengan segera menunduk
sebagai tanda hormat dan segera masuk ke dalam. Malangnya, seorang perempuan
berambut perang sambil mengunyah gula-gula getah menahan aku dengan kakinya,
membuatkan aku hampir tersungkur.
Perempuan
beramput perang itu tersenyum sinis. Rasa sakit hati pula aku dibuatnya apabila
dia melemparkan seyuman yang tak beradab tadi. Dengan selamba aku berkata
“adakah awak semua ni, pengawal pintu sekolah ini?” pertanyaan aku itu
membuatkan bibir perempuan tadi dan rakan-rakan sepasukannya itu mencebik.
“berani
awak! Awak tahu tak siapa kami sebanarnya? Suka hati awak saja, awak mengelar
kami semua pengawal pintu sekolah! Awak ingat awak siapa!” perempuan dengan
berambut hitam berkilat dan bertocang satu tiba menengking aku. Terkejut beruk
aku dibuatnya. Semua pelajar di sekolah itu diam seketika bagaikan kejutan
elektrik. Mana taknya aku gelar diorang penjaga pintu sekolah, pagi-pagi buta macam
ni dah tercegat macam tiang bendera kat pintu macam security nenek aku. Geli
perut aku dibuatnya. Aku tersengih-sengih sendirian sehingga membuatkan tiga
orang rakan sepasukan tadi semakin sakit hati dengan aku. Aku menarik
nafas dan menolak mereka ketepi dan
berlalu pergi dengan nafas lega dan ketawa.
Saat yang
aku takutkan sudah tiba iaitu aku harus memperkenalkan diri dihadapan
rakan-rakan kelas. Agaknya macam mana la rakan-rakan sekelas aku nanti? baik? Kejam?
Penjaga pintu? Sakit pula perut aku apabila mengenangkan kisah tadi. Pasti diorang
akan bencikankan aku. Aku ketawa lagi. Ketawa ku terhenti apabila guru kelas
aku iaitu Cikgu Hyunjoong memanggil namaku dari dalam kelas. Wah, kaku pula
kaki aku dibuatnya. Aku manarik nafas sebanyak tiga kali dan senyum selebar
mungkin. Aku melangkah masuk ke kelas dan Cikgu HyunJoong memperkenalkan nama
aku. Lalu aku menunduk.
“Anyeonghaseyo,
nama saya Kyra Lee Dawson. Kamu semua boleh panggil saya Kyra. Selamat
berkenalan dan sila beri tunjuk ajar” semua orang di dalam kelas tersebut diam
seketika dan berbisik-bisik. Agaknya apa yang semua orang bisikan. Cikgu
HyunJoong menjemput aku duduk di tempat yang telah tersedia khas untuk aku.
Aku menarik
nafas lega. Dalam hati aku berkata “Yes! Kyra, good job. Anda telah Berjaya.”
Aku
melabuhkan punggung aku di atas kerusi yang agak nice dan tiba-tiba perempuan
bertocang dua menghulurkan tangannya sebagai tanda selamat datang. Baik juga
perempuan ni daripada minah penjaga pintu tadi. “Hye, nama saya Jooyeon. Awak boleh
panggil saya Joo ataupun Jooyeon.” Dia tersenyum. Senyumannya termatlah
manisnya. Aku pun membalas “hye, seronok berjumpa dengan awak.” Dia masih lagi
tersenyum. Dan berkata “awak comel la, Kyra.” Merah pipi aku dibuatnya bagaikan
dipakai blusher empat puluh kali. Aku membalas senyumanya. Agaknya dia buta ke?
Aku ni tak la secomel mana pun, tapi orang dah puji nak buat macam mana la kan.
Terima saja.
Kriiiiiiiiiiingggggg!!!!
Loceng
menandakan tamatnya persekolahan aku untuk hari ini. Aku berjalan bersama-sama
dengan Jooyeon iaitu kawan baru aku. Dia teramatlah aktif dan funny. Aku rasa
sangat selesa apabila bersama-sama dengan dia.
JOOYEON : Kyra,
kenapa awak pindah ke Korea?
KYRA : Saya pindah ke sini pun sebab nak
teman nenek saya. Jooyeon, saya nak Tanya awak sikit boleh tak?
JOOYEON :
Tanya apa?
KYRA : Tadi masa saya masuk ke pintu utama
ada tiga orang perempuan menahan saya daripada masuk ke dalam. Awak kenal tak
siapa dia?
JOOYEON :
Tiga orang perempuan? Maksud awak geng HIT ke? Diorang bertiga tahan awak? Wah apa
yang awak buat lepas itu?
KYRA :
Geng HIT? Saya gelar mereka Pengawal Pintu and tolak mereka ketepi dan berlalu
masuk.
JOOYEON :
Awak gelar mereka pengawal pintu! Wah saya tabik dengan awak Kyra. Saya pun tak
berani buat macam itu. Kalau awak nak tahu diorang itu group yang paling hot di
sekolah ni. Sesiapa saja yang cari pasal dengan diorang pasti kena anti la! Saya
yakin hidup awak di sekolah ini tak akan beberapa tenteram seperti awak
harapkan.
KYRA : Tapi semua itu bukannya salah saya. Diorang
yang ganggu saya. Saya apa lagi..tapi takut pulak saya dengar cerita awak tadi.
Macam mana ni?
JOOYEON :
Don’t worry, saya kana da! Saya akan lindunggi awak seadanya. Trust me!
Kami ketawa
terbahak-bahak sehigga ketawa kami terhenti dengan tiba-tiba apabila aku
terlanggar dengan seseorang.
Labels: fanfic